BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 29, 2009

Bab 2

Elise memeluk tubuhnya, berdiri di tepi sebatang pokok yang agak besar. Dia cuba menghirup udara dingin petang itu. Nyaman sekali walaupun cuaca agak sejuk. Di hadapannya terdapat sebuah bangku panjang. Imbasan demi imbasan mula menerjah ke ruangan fikiran. Dia sudah banyak menghabiskan masa bersama Alex di situ. Dulu, sewaktu pertama kali mereka bertemu, juga di situ. Pada waktu itu, Elise terseliuh kerana tersepak batu. Alex yang kebetulan lalu di kawasan itu datang membantu Elise dan membawa Elise duduk di bangku itu yang berada berdekatan. Elise tersenyum sendiri mengingati semula peristiwa itu.
Kemudian, dia berjalan pula menuju ke pokok besar itu. Dia mencari-cari kesan torehan yang dibuat oleh Alex setahun yang lalu. Itu dia, " Alex Sayang Elise, forever". Terdapat bentuk hati yang melingkari ayat itu. Elise terus meraba torehan pada batang pokok itu. Hatinya sebak memikirkan kehilangan lelaki itu. 'Ke mana you pergi Alex?? ,'soalan itulah yang berulang kali bermain di fikirannya. Namun dia tahu, soalan itu tetap dengan persoalan dan tiada jawapan.
Tiba-tiba dia ternampak sebuah lubang pada batang pokok itu betul-betul di bawah torehan itu. Lubang yang dipenuhi dengan daun-daun kering dan ranting-ranting kayu itu menarik perhatian Elise. " Lubang apa ni??," dia tertanya sendiri.
Lalu dia membawa keluar semua daun-daun kering dan ranting-ranting kayu itu. Dia kemudiannya memasukkan tangannya ke dalam lubang itu, meraba-raba seperti mencari sesuatu. Tiba-tiba, tangannya tersentuh sesuatu objek yang kecil, dan segera dia mengeluarkannya.
" Kunci??," kata Elise sendirian apabila melihat kunci berwarna emas yang berbentuk ganjil itu. Tapi, dia tiba-tiba tersentak apabila teringat yang dia pernah melihat kunci itu sebelum ini.
" Cuba tengok kunci ni, saya tahu kunci ini adalah kunci yang akan membawa saya ke sana," kata-kata Alex suatu ketika dahulu mula menerjah ke ruang fikirannya.
Dia mula teringat, kunci itulah kunci yang pernah ditunjukkan oleh Alex suatu ketika dahulu. Memang tidak salah lagi, itulah rupa bentuk kunci itu. Itu maknanya, Alexlah yang mletakkan kunci itu di dalam lubang pokok tu? Tapi untuk apa? Untuk menyembunyikannya??
Soalan demi soalan mula bermain di fikiran. Elise tidak berlengah lagi, dia tahu ada sesuatu di sebalik kunci itu. Dia perlu mencari sesuatu yang berkaitan dengan kunci itu. Dia segera berlari menuju ke rumah Alex.

Ding! Dong!
" Kak Elise? Masuklah," jemput Jessica sebaik melihat Elise yang tercegat di hadapan rumahnya itu. Dia agak hairan melihat kedatangan Elise itu, kerana pagi tadi Elise sudah datang. Biasanya, Elise hanya datang sekali sahaja dalam sehari. " Mama pergi supermarket, ayah masih belum pulang dari kerja, duduklah dulu," kata Jessica.
" Err..tak apelah Jess, akak datang sekejap je ni.. Erm Jess, akak nak masuk bilik abang Alex kejap boleh tak?," tanya Elise. Jessica mula berkerut. " Akak nak cari sesuatu," sambung Elise lagi.
" Boleh sangat-sangatlah akak. Bilik teman lelaki akak jugak kan," kata Jessica sambil mengusik Elise. Kemudian dia bangun dan menuju ke bilik Alex. Elise hanya mengekori dari belakang. Tiba di hadapan bilik Alex, Jessica memulas tombol pintu bilik itu. Setelah pintu itu terbuka, dia membuka lampu bilik itu untuk mencerahkan lagi keadaan dalam bilik itu.
" Inilah bilik abang," kata Jessica sambil tersenyum. " Akak masuklah, Jess pergi tengok tv dulu ye? ," katanya sambil berlalu pergi meninggalkan Elise sendirian di situ. Elise hanya mengangguk sambil mengekori permergian gadis itu. Dia berjalan perlahan-lahan masuk ke dalam bilik itu. Itulah kali pertama dia masuk ke bilik lelaki itu, walaupun dia sering berkunjung ke rumah itu. Timbul rasa kagum terhadap lelaki itu apabila melihat biliknya yang kemas itu. Sememangnya dia tahu yang Alex seorang pembersih dan pengemas. Memang ciri-ciri itulah yang diharapkan olehnya ada pada setiap lelaki. Zaman ini, sukar untuk mencari lelaki seperti itu. Tapi dia bertuah kerana dapat kenal dengan Alex. Terbit sekuntum senyuman di bibir Elise apabila memikirkan tentang itu.
Tanpa berlengah lagi, Elise segera ke meja yang berada di penjuru bilik itu. Dia cuba menyelongkar meja itu. Satu persatu laci meja itu dibuka. Tiba-tiba, dia terpandang sebuah kotak kecil yang bercorak aneh di dalam salah satu laci itu. Kotak kecil itu menarik perhatiannya. Lalu, dia pun menarik kotak itu keluar. Dia membuka kotak itu, dan sesuatu seperti loket jelas kelihatan. Loket yang juga berbentuk aneh itu membuat Elise berasa terpukau apabila melihatnya. Dia tidak tahu kenapa, tapi gerak hatinya kuat mengatakan bahawa loket itu ada kaitan dengan kunci yang dia jumpa sebentar tadi. Tapi, Alex tidak pernah pula menceritakan padanya tentang loket itu. " Benda apa ni?," Elise tertanya sendiri.

0 comments: