BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 3, 2009

Bab 3

Elise berbaring di atas katilnya sambil terus menilik loket aneh di tangannya itu. Sudah beberapa hari dia menyimpan loket, namun tiada apa-apa petunjuk yang ditemuinya pada loket itu. Bayangan Alex masih terus menguasai mindanya. " Kalaulah aku ambil perhatian pada semua cerita-cerita Alex dulu kan bagus," katanya sendirian dengan nada kesal. Dia masih ingat, Alex pernah memberitahunya bahawa dia hampir menemui apa yang dia cari selama ini pada malam mereka bertengkar dulu, iaitu malam sebelum Alex menghilangkan diri. Elise memang sudah lama mengetahui bahawa Alex sedang mencari sesuatu, tetapi Alex tidak pernah memberitahunya apakah benda yang dicarinya itu. Huh! Elise mengeluh sendirian. Tangannya masih lagi memusing-musingkan loket di tangannya itu.
Tiba-tiba, dia terpandang sebuah lubang berbentuk aneh pada loket itu. " Lubang apa ni? Macam pernah tengok je bentuk ni?," kata Elise sendirian. Dia bangun duduk sambil berfikir tentang bentuk itu.
" La, ni bentuk kepala kunci tu ," kata Elise. Dia segera berjalan ke arah almarinya dan membuka laci almari itu. Kemudian, dia mengeluarkan kunci yang ditemui di dalam lubang pada batang pokok tempoh hari. Dia berjalan kembali ke katilnya dan duduk semula di situ.
Matanya memandang ke arah kedua-dua objek di tangannya itu. " Mungkinkah sesuatu akan berlaku kalau aku....," dia tidak menghabiskan ayatnya, sebaliknya dia mengambil kunci itu dan cuba memasukkannya ke dalam lubang pada loket itu. Hatinya berdebar-debar memikirkan kebarangkalian yang akan berlaku. Sebaik sahaja kunci itu memasuki lubang itu, Elise memejamkan matanya. Namun, dia tidak berasa sesuatu yang ganjil lalu dia membuka semula matanya. " Tak ada apa-apa yang berlaku pun," katanya sedikit kecewa.

" I dream I was missing, you were so scare... ," tiba-tiba kedengaran deringan handsetnya. Rasa berdebar-debar tadi masih belum hilang, telefonnya yang tiba-tiba berdering pula membuatkan dia agak terperanjat. Dia segera menjawab panggilan itu.
" Hello..," katanya.
" Hello Cik Elise..," kedengaran suara seorang lelaki di hujung talian.
" Apa berita yang kamu dapat?," tanya Elise.
" Masih tiada berita tentang di mana dia berada.. Tapi saya dapat tahu yang dia pernah ke Pusat Penterjemahan Bahasa di bandar sehari sebelum kehilangannya itu," kata lelaki itu.
" Pusat Penterjemahan Bahasa?? Err.. ada apa-apa maklumat lagi?," tanya Elise.
" Setakat ini, itu je yang saya dapat tahu. Nanti kalau ada apa-apa maklumat lagi, saya akan hubungi cik Elise lagi," kata lelaki itu lagi.
" Ok, baiklah. Terima kasih untuk maklumat ini," kata Elise. Talian kemudiannya dimatikan. Dia memusing-musingkan handset di tangannya itu sambil berfikir sendiri. " Apa yang dia buat kat Pusat Penterjemahan Bahasa? Diakan memang dah pakar dalam kebanyakan bahasa," fikirnya sendiri.

Elise turun dari teksi selepas membayar tambangnya kepada pemandu. Kemudian dia memandang lama bangunan di hadapannya itu. Lalu, perlahan-lahan dia berjalan masuk ke dalam bangunan itu.
" Ya, ada apa yang saya boleh tolong?," tanya seorang wanita yang berada di kaunter.
" Err.. saya nak tanya, pernah ke seseorang bernama Alex Joshua datang ke sini sebelum ni?," tanya Elise.
" Err.. kejap ya..," kata wanita itu sambil membelek-belek sebuah buku. Sebentar kemudian dia mula bersuara semula," Oh ya, Adam Joshua, memang ada. Dia datang ke sini pada tarikh 25 Februari sebulan yang lalu dan berurusan di Bahagian Bahasa Purba," kata wanita itu.
" Oh, terima kasih," kata Elise. " Tapi bagaimana saya boleh ke bahagian itu?," tanya Elise lagi.
" Cik boleh pergi ke tingkat 3 menggunakan lif dan masuk ke pintu di lorong sebelah kanan," terang wanita itu kepada Elise. " Oh, terima kasih," kata Elise sambil tersenyum sebelum pergi ke ruangan lif.
Dia naik ke tingkat tiga bangunan itu dengan menggunakan lif dan seperti kata wanita sebentar tadi, dia masuk ke pintu di lorong sebelah kanan dan mendapatkan seorang pekerja di situ.
" Ada apa cik?," tanya pekerja itu.
" Saya nak jumpa ketua bahagian ni?," kata Elise.
" Siapa yang nak jumpa saya?," tiba-tiba datang seorang wanita yang menyampuk perbualan mereka. Elise memandang ke arah wanita itu. " Puan ni ketua bahagian ni?," tanya Elise.
" Ya saya, ada apa yang boleh saya bantu?," tanya wanita itu.
" Err.. ada hal penting yang saya ingin tanya puan," kata Elise.
" Kalau macam tu, ikut saya ke bilik saya," kata wanita itu sambil berjalan menuju ke bilik pejabatnya. Elise sekadar mengekori dari belakang.

" Duduklah," pelawa wanita itu. Elise memandang keadaan sekeliling bilik itu. Cantik dan kemas. Pendingin hawa yang dipasang di dalam bilik itu mendinginkan bilik itu. Elise dapat lihat sebuah papan nama pada meja di hadapannya itu. Pn. Shimah, itulah nama yang tertera pada papan nama itu. Barangkali itu adalah nama wanita itu.
" Baiklah, apa yang penting sangat tu Cik...,"
" Elise ," Elise menyambung ayat wanita itu sambil tersenyum. " Saya yakin yang puan kenal dengan Adam Joshua, dia pernah ke sini sebelum ini," kata Elise. Wanita itu mengangguk, " Ya, kenapa dengan dia?," tanya wanita itu lagi.
" Saya ingin tahu, apa yang dia buat semasa kali terakhir dia datang ke sini?," tanya Elise lagi.
" Err.. dia sebenarnya datang hanya untuk menterjemahkan sesuatu," kata wanita itu.
" Tapi, dia dah pelajari semua bahasa-bahasa purba, untuk apa lagi dia datang ke sini?,"tanya Elise hairan.
" Itulah masalahnya, semasa dia datang membawa ayat purba itu ke sini, kami sendiri pun tidak dapat menterjemahkannya. Bahasa itu seperti tidak pernah wujud," terang wanita itu lagi. " Ini adalah salinan ayat yang pernah dia bawakan ke mari," kata wanita itu lagi sambil menghulurkan salinan tulisan yang tidak pernah dilihat oleh Elise dan langsung tidak difahaminya.
" Ia dibaca El Jero De Mofansso Ti Belmino Po Mero , tapi kami tidak dapat mentafsir apakah maksudnya ," sambung wanita itu lagi. Elise cuba menyalin semula ayat pelik yang disebut oleh wanita itu tadi.
" Puan tahu tak, Alex sudah sebulan lebih menghilangkan diri," kata Elise menceritakan hal yang sebenar. Wanita itu kelihatan agak terkejut mendengar kata-kata Elise itu.
" Oh, polis tidak dapat siasat ke mana dia menghilang?," tanya wanita itu.
" Setakat ini, masih belum dapat apa-apa berita," kata Elise sedikit sayu.
" Awak teman wanita dia?," tanya wanita itu lagi bagaikan dapat membaca fikiran Elise. Elise hanya mengangguk.
" Sabarlah.. saya yakin, dia mungkin tak apa-apa," kata wanita itu cuba menenangkan Elise.
" Erm.. terima kasihlah atas apa yang puan ceritakan itu tadi. Saya pulang dulu ye," kata Elise sambil berdiri dari kerusi.
" Sama-sama ," kata wanita itu.

0 comments: