BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 18, 2009

Bab 5

Elise termenung sendiri di beranda rumahnya itu. Sudah beberapa hari dia membaca jurnal Alex, namun setakat ini masih tiada apa-apa yang menunjukkan di mana Alex berada. Apa yang ada, hanyalah sesuatu perkara yang berkaitan dengan kerja arkeologi Alex yang Elise sendiri tidak tahu apa. Manuskrip? Kunci? Apa maksud semuanya itu? Adakah kunci yang dimaksudkan Alex ialah kunci yang dijumpainya tempoh hari? Tapi, apa pula rahsia untuk manuskrip itu? Apa kisah yang terkandung dalam manuskrip itu? Pelbagai soalan muncul dalam benak fikiran Elise.
Namun, dia tetap tidak berputus asa. Dia mengambil jurnal Alex di atas rak almarinya dan menyambung membaca jurnal itu.

" Hari ini, aku telah siap menaip terjemahan manuskrip itu. Selepas ini, aku akan simpankan semua ini dalam satu CD. Benda ini patut disembunyikan dan dirahsiakan, kerana jika rahsia manuskrip ini jatuh ke tangan orang yang salah, aku yakin, sesuatu yang buruk boleh berlaku. Tapi, di mana harus aku sembunyikan CD itu?? Aku perlu segera mencari Prof. Samuel ," Elise menghabiskan ayat yang ditulis pada muka surat itu. Dahinya berkerut lagi memikirkan benda pelik yang baru disebut dalam ayat itu. CD? dan Prof. Samuel??

Elise menyelongkar semua barang-barang di meja pejabat Alex, cuba mencari manuskrip yang dimaksudkan. Pekerja-pekerja yang berada di sekitar kawasan itu memandang ke arahnya penuh curiga, namun tidak dia hiraukan mereka semua. Apa yang penting, dia menemui apa yang dicarinya. 15 minit kian berlalu, meja itu kini sudah mula bersepah dengan kertas-kertas dan fail-fail yang bertaburan. Namun, sebarang benda berbentuk manuskrip pun tidak ditemui oleh Elise. Dia mengeluh, hampa kerana apa yang dicari tidak ditemui.
" Mungkin manuskrip itu disimpan di tempat yang lebih selamat," katanya sendiri sebelum beredar keluar dari tempat itu. Sekali lagi pekerja-pekerja di situ mengekorinya dengan anak mata masing-masing sambil tertanya-tanya mengapa dia datang ke situ.
Elise mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor seseorang. Kemudian, dia merapatkan telefon bimbitnya itu ke telinga. Kedengaran suara seseorang di hujung corong telefon itu yang menjawab panggilan itu.
" Saya nak kamu tolong siasat seseorang bernama Prof. Samuel dan apa kaitan dia dengan Alex. Saya harap mendapat laporan dalam masa yang terdekat,ok? ," kata Elise memberi arahan. Selepas itu, dia terus mematikan taliannya. Dia mengeluh sendiri.
" Alex, beri saya petunjuk.. I need a clue to find you, please..," katanya sendiri seolah-olah Alex mendengar kata-katanya itu.

Dua hari telah berlalu, namun tiada sebarang berita pun dari penyiasat persendiriannya tentang Prof. Samuel. Elise tetap tidak berputus asa. Setiap hari, masih dengan rutin yang sama, pagi-pagi baca surat khabar untuk mendapatkan berita tentang Alex. Tetapi, hampa. Kemudian, ke rumah Alex untuk mendapatkan berita tentang Alex. Juga hampa. Sekali lagi Elise mencapai jurnal kepunyaan Alex itu sambil memegang secawan kopi. Musim sejuk seperti itu memang memerlukan secawan kopi untuk menghangatkan badan. Belum sempat dia membuka jurnal itu, tiba-tiba kedengaran bunyi handsetnya berdering.
" Hello..," jawab Elise.
" Hello Cik Elise," kedengaran suara seorang lelaki di hujung talian, tak lain tak bukan penyiasat persendiriannya.
" Ada apa? Dah tahu siapa Prof. Samuel tu?," tanya Elise.
" Ya Cik Elise. Sekarang saya rasa lebih baik kita bertemu di Cafe Des'ire, tempat biasa. Senang untuk saya ceritakan sebab saya ada gambar dia sekali ni," kata lelaki itu.
" Baiklah, tunggu saya kat sana. Saya datang sekarang," kata Elise lalu mematikan talian handsetnya itu. Selepas itu, dia segera mencapai sweaternya dan keluar dari bilik itu dan menuruni tangga rumahnya.
" Ma, Elise ada hal sikit. Nak keluar kejap," kata Elise kepada mamanya yang sedang menonton televisyen. " Ok, but be careful. Cuaca kurang baik ni," pesan mamanya tanpa mengalihkan pandangannya dari kaca televisyen.
" Dont worry. I will," kata Elise sambil membuka pintu rumahnya. Setelah menghidupkan enjin kereta, dia terus memecut ke arah destinasinya.
Setibanya di Cafe Des'ire, dia segera mencari kelibat penyiasat persendiriannya itu, Mark. Dari jauh kelihatan kelibat Mark di sebuah meja sedang memegang satu bungkusan coklat muda. Elise segera berjalan ke arah lelaki itu dan duduk di kerusi bertentangan dengannya.
" So, apa yang awak dapat?," tanya Elise.
" Ini gambar Prof. Samuel tu yang saya peroleh dalam dua hari ini," kata Mark sambil menghulurkan bungkusan yang dilihat oleh Elise tadi. Elise segera mengeluarkan semua gambar di dalam bungkusan itu dan menelitinya satu persatu.
" Prof. ni tinggal sendirian di sebuah rumah sewa di Brenda Street. Isterinya telah meninggalkan dia dan sekarang sudah berkahwin dengan lelaki lain. Anak lelakinya baru sahaja meninggal baru-baru ini. Katanya telah dibunuh. Dahulu, dia pernah menjadi profesor yang mengkaji pentarikhan barang-baran artifak. Tetapi, dia tiba-tiba berhenti tanpa sebarang sebab dan mula memencilkan dirinya," terang Mark satu persatu.
" Anaknya dibunuh? Apa yang berlaku sebenarnya?," tanya Elise.
" Katanya, sewaktu Prof. Samuel keluar ke kedai, rumahnya dimasuki penyamun. Ketika itulah anak lelakinya yang berada di rumah menjadi mangsa. Namun, malang lagi, penyamun itu berjaya melepaskan diri," kata Mark lagi. Elise mengangguk faham.
" Apa pula kaitan dia dengan Alex?," tanya Elise lagi.
" Yang itu tidak dapat saya pastika cik Elise. Sebab, jiran-jiran kawasan sekitar cakap, dia cuma nampak Alex datang ke sana sekali sahaja. Itupun kelihatan seperti takut-takut. Kemungkinan yang mereka tidak terlalu rapat, mungkin mereka kenal semasa Prof. Samuel bekerja dulu. Mereka kan bekerja dalam bidang yang sama," Mark membuat rumusan sendiri.
" Tapi, saya akan cuba siasat lagi," sambung Mark lagi.
" Baiklah. Terima kasih untuk maklumat itu," kata Elise. " Erm.. awak ada alamat Prof. Samuel tu?," tanya Elise.
" Ya..ini dia," kata Mark sambil menghulurkan sekeping kertas kecil. Elise mengambil kepingan kertas itu dan membaca apa yang tertulis.
" No. 21, Brenda Street II "

0 comments: