BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 18, 2009

Bab 5

Elise termenung sendiri di beranda rumahnya itu. Sudah beberapa hari dia membaca jurnal Alex, namun setakat ini masih tiada apa-apa yang menunjukkan di mana Alex berada. Apa yang ada, hanyalah sesuatu perkara yang berkaitan dengan kerja arkeologi Alex yang Elise sendiri tidak tahu apa. Manuskrip? Kunci? Apa maksud semuanya itu? Adakah kunci yang dimaksudkan Alex ialah kunci yang dijumpainya tempoh hari? Tapi, apa pula rahsia untuk manuskrip itu? Apa kisah yang terkandung dalam manuskrip itu? Pelbagai soalan muncul dalam benak fikiran Elise.
Namun, dia tetap tidak berputus asa. Dia mengambil jurnal Alex di atas rak almarinya dan menyambung membaca jurnal itu.

" Hari ini, aku telah siap menaip terjemahan manuskrip itu. Selepas ini, aku akan simpankan semua ini dalam satu CD. Benda ini patut disembunyikan dan dirahsiakan, kerana jika rahsia manuskrip ini jatuh ke tangan orang yang salah, aku yakin, sesuatu yang buruk boleh berlaku. Tapi, di mana harus aku sembunyikan CD itu?? Aku perlu segera mencari Prof. Samuel ," Elise menghabiskan ayat yang ditulis pada muka surat itu. Dahinya berkerut lagi memikirkan benda pelik yang baru disebut dalam ayat itu. CD? dan Prof. Samuel??

Elise menyelongkar semua barang-barang di meja pejabat Alex, cuba mencari manuskrip yang dimaksudkan. Pekerja-pekerja yang berada di sekitar kawasan itu memandang ke arahnya penuh curiga, namun tidak dia hiraukan mereka semua. Apa yang penting, dia menemui apa yang dicarinya. 15 minit kian berlalu, meja itu kini sudah mula bersepah dengan kertas-kertas dan fail-fail yang bertaburan. Namun, sebarang benda berbentuk manuskrip pun tidak ditemui oleh Elise. Dia mengeluh, hampa kerana apa yang dicari tidak ditemui.
" Mungkin manuskrip itu disimpan di tempat yang lebih selamat," katanya sendiri sebelum beredar keluar dari tempat itu. Sekali lagi pekerja-pekerja di situ mengekorinya dengan anak mata masing-masing sambil tertanya-tanya mengapa dia datang ke situ.
Elise mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor seseorang. Kemudian, dia merapatkan telefon bimbitnya itu ke telinga. Kedengaran suara seseorang di hujung corong telefon itu yang menjawab panggilan itu.
" Saya nak kamu tolong siasat seseorang bernama Prof. Samuel dan apa kaitan dia dengan Alex. Saya harap mendapat laporan dalam masa yang terdekat,ok? ," kata Elise memberi arahan. Selepas itu, dia terus mematikan taliannya. Dia mengeluh sendiri.
" Alex, beri saya petunjuk.. I need a clue to find you, please..," katanya sendiri seolah-olah Alex mendengar kata-katanya itu.

Dua hari telah berlalu, namun tiada sebarang berita pun dari penyiasat persendiriannya tentang Prof. Samuel. Elise tetap tidak berputus asa. Setiap hari, masih dengan rutin yang sama, pagi-pagi baca surat khabar untuk mendapatkan berita tentang Alex. Tetapi, hampa. Kemudian, ke rumah Alex untuk mendapatkan berita tentang Alex. Juga hampa. Sekali lagi Elise mencapai jurnal kepunyaan Alex itu sambil memegang secawan kopi. Musim sejuk seperti itu memang memerlukan secawan kopi untuk menghangatkan badan. Belum sempat dia membuka jurnal itu, tiba-tiba kedengaran bunyi handsetnya berdering.
" Hello..," jawab Elise.
" Hello Cik Elise," kedengaran suara seorang lelaki di hujung talian, tak lain tak bukan penyiasat persendiriannya.
" Ada apa? Dah tahu siapa Prof. Samuel tu?," tanya Elise.
" Ya Cik Elise. Sekarang saya rasa lebih baik kita bertemu di Cafe Des'ire, tempat biasa. Senang untuk saya ceritakan sebab saya ada gambar dia sekali ni," kata lelaki itu.
" Baiklah, tunggu saya kat sana. Saya datang sekarang," kata Elise lalu mematikan talian handsetnya itu. Selepas itu, dia segera mencapai sweaternya dan keluar dari bilik itu dan menuruni tangga rumahnya.
" Ma, Elise ada hal sikit. Nak keluar kejap," kata Elise kepada mamanya yang sedang menonton televisyen. " Ok, but be careful. Cuaca kurang baik ni," pesan mamanya tanpa mengalihkan pandangannya dari kaca televisyen.
" Dont worry. I will," kata Elise sambil membuka pintu rumahnya. Setelah menghidupkan enjin kereta, dia terus memecut ke arah destinasinya.
Setibanya di Cafe Des'ire, dia segera mencari kelibat penyiasat persendiriannya itu, Mark. Dari jauh kelihatan kelibat Mark di sebuah meja sedang memegang satu bungkusan coklat muda. Elise segera berjalan ke arah lelaki itu dan duduk di kerusi bertentangan dengannya.
" So, apa yang awak dapat?," tanya Elise.
" Ini gambar Prof. Samuel tu yang saya peroleh dalam dua hari ini," kata Mark sambil menghulurkan bungkusan yang dilihat oleh Elise tadi. Elise segera mengeluarkan semua gambar di dalam bungkusan itu dan menelitinya satu persatu.
" Prof. ni tinggal sendirian di sebuah rumah sewa di Brenda Street. Isterinya telah meninggalkan dia dan sekarang sudah berkahwin dengan lelaki lain. Anak lelakinya baru sahaja meninggal baru-baru ini. Katanya telah dibunuh. Dahulu, dia pernah menjadi profesor yang mengkaji pentarikhan barang-baran artifak. Tetapi, dia tiba-tiba berhenti tanpa sebarang sebab dan mula memencilkan dirinya," terang Mark satu persatu.
" Anaknya dibunuh? Apa yang berlaku sebenarnya?," tanya Elise.
" Katanya, sewaktu Prof. Samuel keluar ke kedai, rumahnya dimasuki penyamun. Ketika itulah anak lelakinya yang berada di rumah menjadi mangsa. Namun, malang lagi, penyamun itu berjaya melepaskan diri," kata Mark lagi. Elise mengangguk faham.
" Apa pula kaitan dia dengan Alex?," tanya Elise lagi.
" Yang itu tidak dapat saya pastika cik Elise. Sebab, jiran-jiran kawasan sekitar cakap, dia cuma nampak Alex datang ke sana sekali sahaja. Itupun kelihatan seperti takut-takut. Kemungkinan yang mereka tidak terlalu rapat, mungkin mereka kenal semasa Prof. Samuel bekerja dulu. Mereka kan bekerja dalam bidang yang sama," Mark membuat rumusan sendiri.
" Tapi, saya akan cuba siasat lagi," sambung Mark lagi.
" Baiklah. Terima kasih untuk maklumat itu," kata Elise. " Erm.. awak ada alamat Prof. Samuel tu?," tanya Elise.
" Ya..ini dia," kata Mark sambil menghulurkan sekeping kertas kecil. Elise mengambil kepingan kertas itu dan membaca apa yang tertulis.
" No. 21, Brenda Street II "

Monday, December 7, 2009

Bab 4

" Ma, Elise pergi dulu ye?," kata Elise sambil mencapai beg kecilnya dan sehelai jaket yang tergantung di penyangkut. Dia menyarungkan jaket itu ke tubuhnya sebelum keluar dari rumahnya. Kemudian, dia masuk ke dalam kereta miliknya lalu menghidupkan enjinnya. Destinasinya pagi itu adalah seperti biasa, ke rumah Alex. Sejurus kemudian, keretanya telah pun berada di atas jalan raya. Pagi itu, jalan raya kurang sibuk. Perjalanan dari rumahnya ke rumah Alex hanya kira-kira 20 minit, iaitu lebih kurang 15 kilometer.
Elise menghentikan keretanya di hadapan rumah Alex. Dia turun dari kereta itu dan mengunci kereta itu. Kemudian, dia berjalan masuk ke dalam pagar rumah Alex dan seperti biasa menunggu sehingga Jessica membuka pintu setelah dia menekan loceng rumah itu dari luar.
Beberapa minit kemudian, pintu dibuka. Tetapi kali ini, papa Richard yang membuka pintu itu.
" Oh, Elise.. Come in..," kata papa Richard sambil tersenyum. Seluruh ahli keluarga Alex memang jenis yang peramah. Elise melangkah masuk ke dalam rumah itu.
" Hai Elise.. lama tak datang," sapa mama Patricia pula sebaik Elise masuk ke rumah itu.
" Ish mama ni, Elise baru dua hari je tak datanglah," kata Elise cuba membetulkan perkataan 'lama' yang disebut mama Patricia sebentar tadi. Mama Patricia hanya tersenyum.
" Dia rindukan kamu la tu Elise," kata papa Richard pula. Elise tersenyum mendengar kata-kata papa Richard itu.
" Papa, ada apa-apa berita tak pasal Alex?," Elise mula bertanya.
" Belum lagi kak," Jessica yang entah muncul dari mana tiba-tiba datang menjawab soalan itu sebelum sempat papa Richard menjawab. Wajah Elise muram semula.
" Berdoa je la Elise. Dia akan pulang, papa yakin," kata papa Richard cuba menyedapkan hati Elise.
" Mama, Elise nak masuk bilik Alex kejap boleh tak?," tanya Elise. Mama Patricia tersenyum sambil memandang ke arah Elise. " Pergilah sweetie.. Jess, bawa kak Elise ke bilik abang," kata mama Patricia.
" Err.. tak pe, saya dah tahu mana bilik dia," kata Elise sambil berdiri dan berjalan menuju ke arah tangga untuk ke tingkat atas rumah itu. Sebaik berada di tingkat atas, dia berjalan menuju ke arah bilik Alex. Tombol pintu dipulas, bilik itu kelihatan gelap. Lalu dia membuka lampu bilik itu dan masuk ke dalamnya.
" Kali ni, dah dua kali kak Elise minta untuk masuk ke bilik abang.. pelik juga," kata Jessica perlahan.
" Tak ada apa-apa yang peliklah sayang, mungkin dia nak lepaskan rindu dia pada Alex," kata mama Patricia.

Elise berjalan menuju ke arah katil Alex. Kali ini sudah dua kali dia berada di situ, dan dia yakin bahawa masih ada petunjuk lain yang boleh dia peroleh di bilik itu. Dia mula menyelongkar seluruh laci dan almari di bilik itu. Setelah hampir sepuluh minit berlalu, masih tiada apa-apa yang ditemuinya. Dia duduk untuk seketika di atas katil bagi melepaskan penat. Tiba-tiba dia terasa seperti duduk di atas sesuatu yang keras. Dia segera bangun semula dan melihat apa yang berada di bawah cadar katil itu.
Kelihatan sebuah buku kecil berkulit hitam berada di situ. Bentuknya kelihatan seperti sebuah jurnal. " Jurnal Alex ke ni?," tanya Elise sendiri sambil mengambil buku itu dan mula membeleknya. Pada kulit buku itu, kelihatan nama Alex Joshua tertera jelas. Kemudian, dia membelek helaian yang pertama.
" 5 Januari.. Hari ini, aku telah temui sesuatu yang agak misteri.. Aku masih membaca manuskrip purba ini, dan manuskrip ini benar-benar.......," belum sempat dia habis membaca apa yang tertulis, tiba-tiba dia terdengar tombol bilik itu dipulas. Dengan pantas dia menutup buku itu dan menyebunyikannya di dalam saku jaketnya itu.
" Elise, jomlah sarapan sekali. Mama ada bakar roti sikit kat bawah tu," kata mama Patricia sebaik pintu bilik dibuka.
" Oh, ye la.. Saya akan turun kejap lagi," kata Elise sambil tersenyum. Lalu mama Patricia pun menutup pintu itu semula dan turun ke bawah. Elise mengemas semula keadaan katil itu dan turun mengekori mama Patricia.

Elise keluar dari bilik air dengan kepalanya dibungkus dengan tuala. Segar rasanya selepas mandi. Dia membuka televisyen di dalam biliknya itu, cuba menekan remote untuk mencari rancangan televisyen yang menarik. Namun, tiada satu pun rancangan yang menarik malam itu. Dia menutup televisyen itu dan merebahkan badannya ke katil. Dia cuba menutup matanya, namun tiba-tiba dia membuka semula matanya apabila teringatkan sesuatu. Dia segera bangun dan mengambil jaket yang dipakainya pagi tadi. Dia mengeluarkan buku berkulit hitam milik Alex yang ditemuinya pagi tadi dan kembali duduk di katil.
" Hmm.. let see, apa yang boleh aku temui dalam jurnal ni," kata Elise sendiri. Dia mula membelek-belek helaian jurnal itu dan menyambung semula bacaannya yang terhenti pagi tadi.
" ..... menarik perhatianku.. Aku perlu habiskan membaca manuskrip ni secepat mungkin.. Aku yakin, ada sesuatu yang penting terkandung dalam kisah yang diceritakan dalam manuskrip ini," Elise menghabiskan ayat yang ditulis pada muka surat itu.
" Manuskrip? Manuskrip apa yang dimaksudkan oleh Alex ni?," Elise tertanya-tanya sendiri. Kemudian, dia membelek helaian yang seterusnya.
" 15 Januari... Akhirnya, aku berjaya menghabiskan manuskrip lama ini.. Aku faham sekarang apa rahsia yang terkandung dalam manuskrip ini.. Aku perlu segera mencari kunci tu sebelum orang lain menemuinya," Elise mula teringat semula perjumpaannya dengan Alex suatu ketika dulu.

Elise memeluk tubuhnya menahan marah. Alex datang sambil tersenyum dan duduk di kerusi bertentangan dengan Elise. " Hai sayang, sorry la I lewat sikit," kata Alex. Elise memandang Alex tajam.
" Sikit you cakap? You tahu tak dah berapa lama I tunggu you kat sini.. Dah hampir sejam!," marah Elise.
" Ala, sorry la sayang. I tak perasan yang I dah lewat tadi. Banyak kerja nak kena buat," kata Alex. Elise masih lagi masam mencuka. Alex tersenyum melihat wajah Elise yang marah itu, cute! Dia menarik tangan Elise. " Sayang, jangan la macam ni. I janji takkan biarkan you tunggu lagi lain kali. Ala, senyum la sikit. Marah, marah ni cepat tua tau..," kata Alex.
Elise tersenyum nipis. " Erm.. ye la tu..," kata Elise. Mereka kembali mesra selepas itu, masing-masing berbual rancak sambil ketawa.
" Elise you tahu tak, I sekarang dah tahu apa rahsia relik yang I pernah cakap hari tu," kata Alex.
" Relik? Apa tu?," tanya Elise.
" Relik tu sama macam artifak la.. Nanti I akan cari kunci seperti yang diceritakan," kata Alex. Elise hanya mengangguk-anggukkan kepalanya walaupun dia sendiri kurang faham apa yang dikatakan oleh Alex itu. Dia mendengar apa yang diceritakan oleh Alex itu acuh tak acuh kerana dia kurang suka apabila Alex mula bercerita tentang kerjanya.

Thursday, December 3, 2009

Bab 3

Elise berbaring di atas katilnya sambil terus menilik loket aneh di tangannya itu. Sudah beberapa hari dia menyimpan loket, namun tiada apa-apa petunjuk yang ditemuinya pada loket itu. Bayangan Alex masih terus menguasai mindanya. " Kalaulah aku ambil perhatian pada semua cerita-cerita Alex dulu kan bagus," katanya sendirian dengan nada kesal. Dia masih ingat, Alex pernah memberitahunya bahawa dia hampir menemui apa yang dia cari selama ini pada malam mereka bertengkar dulu, iaitu malam sebelum Alex menghilangkan diri. Elise memang sudah lama mengetahui bahawa Alex sedang mencari sesuatu, tetapi Alex tidak pernah memberitahunya apakah benda yang dicarinya itu. Huh! Elise mengeluh sendirian. Tangannya masih lagi memusing-musingkan loket di tangannya itu.
Tiba-tiba, dia terpandang sebuah lubang berbentuk aneh pada loket itu. " Lubang apa ni? Macam pernah tengok je bentuk ni?," kata Elise sendirian. Dia bangun duduk sambil berfikir tentang bentuk itu.
" La, ni bentuk kepala kunci tu ," kata Elise. Dia segera berjalan ke arah almarinya dan membuka laci almari itu. Kemudian, dia mengeluarkan kunci yang ditemui di dalam lubang pada batang pokok tempoh hari. Dia berjalan kembali ke katilnya dan duduk semula di situ.
Matanya memandang ke arah kedua-dua objek di tangannya itu. " Mungkinkah sesuatu akan berlaku kalau aku....," dia tidak menghabiskan ayatnya, sebaliknya dia mengambil kunci itu dan cuba memasukkannya ke dalam lubang pada loket itu. Hatinya berdebar-debar memikirkan kebarangkalian yang akan berlaku. Sebaik sahaja kunci itu memasuki lubang itu, Elise memejamkan matanya. Namun, dia tidak berasa sesuatu yang ganjil lalu dia membuka semula matanya. " Tak ada apa-apa yang berlaku pun," katanya sedikit kecewa.

" I dream I was missing, you were so scare... ," tiba-tiba kedengaran deringan handsetnya. Rasa berdebar-debar tadi masih belum hilang, telefonnya yang tiba-tiba berdering pula membuatkan dia agak terperanjat. Dia segera menjawab panggilan itu.
" Hello..," katanya.
" Hello Cik Elise..," kedengaran suara seorang lelaki di hujung talian.
" Apa berita yang kamu dapat?," tanya Elise.
" Masih tiada berita tentang di mana dia berada.. Tapi saya dapat tahu yang dia pernah ke Pusat Penterjemahan Bahasa di bandar sehari sebelum kehilangannya itu," kata lelaki itu.
" Pusat Penterjemahan Bahasa?? Err.. ada apa-apa maklumat lagi?," tanya Elise.
" Setakat ini, itu je yang saya dapat tahu. Nanti kalau ada apa-apa maklumat lagi, saya akan hubungi cik Elise lagi," kata lelaki itu lagi.
" Ok, baiklah. Terima kasih untuk maklumat ini," kata Elise. Talian kemudiannya dimatikan. Dia memusing-musingkan handset di tangannya itu sambil berfikir sendiri. " Apa yang dia buat kat Pusat Penterjemahan Bahasa? Diakan memang dah pakar dalam kebanyakan bahasa," fikirnya sendiri.

Elise turun dari teksi selepas membayar tambangnya kepada pemandu. Kemudian dia memandang lama bangunan di hadapannya itu. Lalu, perlahan-lahan dia berjalan masuk ke dalam bangunan itu.
" Ya, ada apa yang saya boleh tolong?," tanya seorang wanita yang berada di kaunter.
" Err.. saya nak tanya, pernah ke seseorang bernama Alex Joshua datang ke sini sebelum ni?," tanya Elise.
" Err.. kejap ya..," kata wanita itu sambil membelek-belek sebuah buku. Sebentar kemudian dia mula bersuara semula," Oh ya, Adam Joshua, memang ada. Dia datang ke sini pada tarikh 25 Februari sebulan yang lalu dan berurusan di Bahagian Bahasa Purba," kata wanita itu.
" Oh, terima kasih," kata Elise. " Tapi bagaimana saya boleh ke bahagian itu?," tanya Elise lagi.
" Cik boleh pergi ke tingkat 3 menggunakan lif dan masuk ke pintu di lorong sebelah kanan," terang wanita itu kepada Elise. " Oh, terima kasih," kata Elise sambil tersenyum sebelum pergi ke ruangan lif.
Dia naik ke tingkat tiga bangunan itu dengan menggunakan lif dan seperti kata wanita sebentar tadi, dia masuk ke pintu di lorong sebelah kanan dan mendapatkan seorang pekerja di situ.
" Ada apa cik?," tanya pekerja itu.
" Saya nak jumpa ketua bahagian ni?," kata Elise.
" Siapa yang nak jumpa saya?," tiba-tiba datang seorang wanita yang menyampuk perbualan mereka. Elise memandang ke arah wanita itu. " Puan ni ketua bahagian ni?," tanya Elise.
" Ya saya, ada apa yang boleh saya bantu?," tanya wanita itu.
" Err.. ada hal penting yang saya ingin tanya puan," kata Elise.
" Kalau macam tu, ikut saya ke bilik saya," kata wanita itu sambil berjalan menuju ke bilik pejabatnya. Elise sekadar mengekori dari belakang.

" Duduklah," pelawa wanita itu. Elise memandang keadaan sekeliling bilik itu. Cantik dan kemas. Pendingin hawa yang dipasang di dalam bilik itu mendinginkan bilik itu. Elise dapat lihat sebuah papan nama pada meja di hadapannya itu. Pn. Shimah, itulah nama yang tertera pada papan nama itu. Barangkali itu adalah nama wanita itu.
" Baiklah, apa yang penting sangat tu Cik...,"
" Elise ," Elise menyambung ayat wanita itu sambil tersenyum. " Saya yakin yang puan kenal dengan Adam Joshua, dia pernah ke sini sebelum ini," kata Elise. Wanita itu mengangguk, " Ya, kenapa dengan dia?," tanya wanita itu lagi.
" Saya ingin tahu, apa yang dia buat semasa kali terakhir dia datang ke sini?," tanya Elise lagi.
" Err.. dia sebenarnya datang hanya untuk menterjemahkan sesuatu," kata wanita itu.
" Tapi, dia dah pelajari semua bahasa-bahasa purba, untuk apa lagi dia datang ke sini?,"tanya Elise hairan.
" Itulah masalahnya, semasa dia datang membawa ayat purba itu ke sini, kami sendiri pun tidak dapat menterjemahkannya. Bahasa itu seperti tidak pernah wujud," terang wanita itu lagi. " Ini adalah salinan ayat yang pernah dia bawakan ke mari," kata wanita itu lagi sambil menghulurkan salinan tulisan yang tidak pernah dilihat oleh Elise dan langsung tidak difahaminya.
" Ia dibaca El Jero De Mofansso Ti Belmino Po Mero , tapi kami tidak dapat mentafsir apakah maksudnya ," sambung wanita itu lagi. Elise cuba menyalin semula ayat pelik yang disebut oleh wanita itu tadi.
" Puan tahu tak, Alex sudah sebulan lebih menghilangkan diri," kata Elise menceritakan hal yang sebenar. Wanita itu kelihatan agak terkejut mendengar kata-kata Elise itu.
" Oh, polis tidak dapat siasat ke mana dia menghilang?," tanya wanita itu.
" Setakat ini, masih belum dapat apa-apa berita," kata Elise sedikit sayu.
" Awak teman wanita dia?," tanya wanita itu lagi bagaikan dapat membaca fikiran Elise. Elise hanya mengangguk.
" Sabarlah.. saya yakin, dia mungkin tak apa-apa," kata wanita itu cuba menenangkan Elise.
" Erm.. terima kasihlah atas apa yang puan ceritakan itu tadi. Saya pulang dulu ye," kata Elise sambil berdiri dari kerusi.
" Sama-sama ," kata wanita itu.

Monday, November 30, 2009

Sinopsis

Siapa yang tahu, lelaki itu akan menghilangkan diri?
Elise sepi tanpa mendengar suaranya,
sunyi tanpa belaiannya,
sedih tanpa melihat bayangnya
dan suram tanpa kehadirannya.

" Alex, ke mana you menghilang? ," soalan itu sering bermain di kepalanya, namun dia sendiri tiada jawapan bagi soalan itu.

Namun, satu demi satu petunjuk ditemui. Elise tahu, semua benda yang ditemuinya itu akan membawanya kepada Alex.

" Aku mesti cari dia, walaupun hingga ke hujung dunia! "

Ikutilah Enigma Season 1. Mampukah Elise menemukan Alex yang tiba-tiba menghilangkan diri itu?

Sunday, November 29, 2009

Bab 2

Elise memeluk tubuhnya, berdiri di tepi sebatang pokok yang agak besar. Dia cuba menghirup udara dingin petang itu. Nyaman sekali walaupun cuaca agak sejuk. Di hadapannya terdapat sebuah bangku panjang. Imbasan demi imbasan mula menerjah ke ruangan fikiran. Dia sudah banyak menghabiskan masa bersama Alex di situ. Dulu, sewaktu pertama kali mereka bertemu, juga di situ. Pada waktu itu, Elise terseliuh kerana tersepak batu. Alex yang kebetulan lalu di kawasan itu datang membantu Elise dan membawa Elise duduk di bangku itu yang berada berdekatan. Elise tersenyum sendiri mengingati semula peristiwa itu.
Kemudian, dia berjalan pula menuju ke pokok besar itu. Dia mencari-cari kesan torehan yang dibuat oleh Alex setahun yang lalu. Itu dia, " Alex Sayang Elise, forever". Terdapat bentuk hati yang melingkari ayat itu. Elise terus meraba torehan pada batang pokok itu. Hatinya sebak memikirkan kehilangan lelaki itu. 'Ke mana you pergi Alex?? ,'soalan itulah yang berulang kali bermain di fikirannya. Namun dia tahu, soalan itu tetap dengan persoalan dan tiada jawapan.
Tiba-tiba dia ternampak sebuah lubang pada batang pokok itu betul-betul di bawah torehan itu. Lubang yang dipenuhi dengan daun-daun kering dan ranting-ranting kayu itu menarik perhatian Elise. " Lubang apa ni??," dia tertanya sendiri.
Lalu dia membawa keluar semua daun-daun kering dan ranting-ranting kayu itu. Dia kemudiannya memasukkan tangannya ke dalam lubang itu, meraba-raba seperti mencari sesuatu. Tiba-tiba, tangannya tersentuh sesuatu objek yang kecil, dan segera dia mengeluarkannya.
" Kunci??," kata Elise sendirian apabila melihat kunci berwarna emas yang berbentuk ganjil itu. Tapi, dia tiba-tiba tersentak apabila teringat yang dia pernah melihat kunci itu sebelum ini.
" Cuba tengok kunci ni, saya tahu kunci ini adalah kunci yang akan membawa saya ke sana," kata-kata Alex suatu ketika dahulu mula menerjah ke ruang fikirannya.
Dia mula teringat, kunci itulah kunci yang pernah ditunjukkan oleh Alex suatu ketika dahulu. Memang tidak salah lagi, itulah rupa bentuk kunci itu. Itu maknanya, Alexlah yang mletakkan kunci itu di dalam lubang pokok tu? Tapi untuk apa? Untuk menyembunyikannya??
Soalan demi soalan mula bermain di fikiran. Elise tidak berlengah lagi, dia tahu ada sesuatu di sebalik kunci itu. Dia perlu mencari sesuatu yang berkaitan dengan kunci itu. Dia segera berlari menuju ke rumah Alex.

Ding! Dong!
" Kak Elise? Masuklah," jemput Jessica sebaik melihat Elise yang tercegat di hadapan rumahnya itu. Dia agak hairan melihat kedatangan Elise itu, kerana pagi tadi Elise sudah datang. Biasanya, Elise hanya datang sekali sahaja dalam sehari. " Mama pergi supermarket, ayah masih belum pulang dari kerja, duduklah dulu," kata Jessica.
" Err..tak apelah Jess, akak datang sekejap je ni.. Erm Jess, akak nak masuk bilik abang Alex kejap boleh tak?," tanya Elise. Jessica mula berkerut. " Akak nak cari sesuatu," sambung Elise lagi.
" Boleh sangat-sangatlah akak. Bilik teman lelaki akak jugak kan," kata Jessica sambil mengusik Elise. Kemudian dia bangun dan menuju ke bilik Alex. Elise hanya mengekori dari belakang. Tiba di hadapan bilik Alex, Jessica memulas tombol pintu bilik itu. Setelah pintu itu terbuka, dia membuka lampu bilik itu untuk mencerahkan lagi keadaan dalam bilik itu.
" Inilah bilik abang," kata Jessica sambil tersenyum. " Akak masuklah, Jess pergi tengok tv dulu ye? ," katanya sambil berlalu pergi meninggalkan Elise sendirian di situ. Elise hanya mengangguk sambil mengekori permergian gadis itu. Dia berjalan perlahan-lahan masuk ke dalam bilik itu. Itulah kali pertama dia masuk ke bilik lelaki itu, walaupun dia sering berkunjung ke rumah itu. Timbul rasa kagum terhadap lelaki itu apabila melihat biliknya yang kemas itu. Sememangnya dia tahu yang Alex seorang pembersih dan pengemas. Memang ciri-ciri itulah yang diharapkan olehnya ada pada setiap lelaki. Zaman ini, sukar untuk mencari lelaki seperti itu. Tapi dia bertuah kerana dapat kenal dengan Alex. Terbit sekuntum senyuman di bibir Elise apabila memikirkan tentang itu.
Tanpa berlengah lagi, Elise segera ke meja yang berada di penjuru bilik itu. Dia cuba menyelongkar meja itu. Satu persatu laci meja itu dibuka. Tiba-tiba, dia terpandang sebuah kotak kecil yang bercorak aneh di dalam salah satu laci itu. Kotak kecil itu menarik perhatiannya. Lalu, dia pun menarik kotak itu keluar. Dia membuka kotak itu, dan sesuatu seperti loket jelas kelihatan. Loket yang juga berbentuk aneh itu membuat Elise berasa terpukau apabila melihatnya. Dia tidak tahu kenapa, tapi gerak hatinya kuat mengatakan bahawa loket itu ada kaitan dengan kunci yang dia jumpa sebentar tadi. Tapi, Alex tidak pernah pula menceritakan padanya tentang loket itu. " Benda apa ni?," Elise tertanya sendiri.

Saturday, November 28, 2009

Bab 1

Elise berjalan sambil berpimpinan tangan dengan teman lelakinya itu, Alex sepanjang jambatan itu. Bulan purnama malam itu mengindahkan lagi suasana di kawasan itu. Elise bahagia dengan suasana itu, bersama dengan kekasih yang disayangi di bawah cahaya purnama. Baginya semua itu cukup romantik.
" Alex..," kata Elise lembut.
" Yea ," sahut Alex penuh perhatian.
" Thanks for loving me," kata Elise. Cahaya purnama malam itu cukup untuk melihat senyuman yang terukir di bibir gadis itu.
" You are welcome ," jawab Alex jauga dengan senyuman.
" Elise, you tahu tak yang I dah hampir nak jumpa dengan apa yang I cari selama ni..," kata Alex teruja. Elise menaikkan matanya ke atas. " Not again..," bisik hatinya.
" You selalu cakap pasal kerja you je setiap kali kita jumpa. Dahlah datang lewat pun, disebabkan kerja.. Is it your job is more important than me? ,"nada suara Elise agak tinggi menuturkan ayat itu. Dia sudah bosan, setiap kali pun, jika mereka berjumpa, Alex pasti akan menceritakan tentang pekerjaannya. Alex seorang arkeologi dan sudah hampir setahun dia cuba untuk menyelesaikan suatu misteri dari alatan purba yang pernah ditemuinya sewaktu mencari gali setahun yang lalu. " Kita dapat jumpa kadang-kadang je, sebab you sibuk sana sibuk sini, so please.. don't talk about work anymore," kata Elise lagi.
" Elise, I thought that you are supporting me," kata Alex dengan nada kecewa.
" Yes, I do. But, please.. janganlah terlalu fikirkan tentang kerja you je bila kita bersama. Kita dah tiga tahun bersama, dan masih belum ada apa-apa ikatan. Mama I dah tanya sampai bila kita nak macam ni. Tapi, setiap kali kita jumpa, you tak pernah pun cakap pasal kita, pasal kerja you je yang you utamakan," kata Elise lagi panjang lebar.
" Elise..I'm sorry..," kata Alex lembut.

Kring!! Kring!! Kring!!

" Good morning my dear! ," laung Puan Maria dari dapur.
" Oh, I dream it again ," kata Elise sendirian. Dia kemudiannya bangun dari katilnya itu dan bergerak menuju ke bilik air. Selesai sahaja mandi, dia turun ke dapur untuk menikmati sarapan paginya.
" Good morning ma ," katanya sebaik masuk ke dapur. Dia mencapai surat khabar yang berada di atas almari lalu mengambil tempat di meja makan. Di rumah itu, dia hanya tinggal bersama mamanya. Ayahnya sudah lama bercerai dengan mamanya, sejak dia berusia 13 tahun. Dialah satu-satunya cahaya mata mereka berdua. Kata mamanya, ayahnya ada perempuan lain. Dia tidak tahu betul atau tidak, tapi dia masih lagi berhubung dengan ayahnya selepas mereka bercerai.
" Ada apa-apa berita? ," tanya Puan Maria setelah melihat anaknya membelek-belek surat khabar di hadapan meja makan itu.
" Masih tiada berita," jawab Elise muram.
" Sabarlah sayang , maybe dia bukan hilang, tapi dia sedang mencari ketenangan atau apa-apa," kata Puan Maria cuba memujuk.
" Tapi, sudah dua bulan ma. Dia masih belum menghubungi Elise. Kalau betul dia pergi tenangkan diri, mesti dia tinggalkan sebarang surat or anything untuk Elise atau family dia," kata Elise lagi.
" Dahlah sayang.. Makan breakfast yang mama buat tu, jangan fikir lagi. Trust me, he'll fine," kata Puan Maria sambil tersenyum. Elise akur dengan kata-kata mamanya itu.
" I want to go to his home after this," kata Elise ringkas sebelum mengambil sekeping roti bakar yang trhidang di hadapannya itu. Puan Maria hanya memandang anaknya penuh simpati. Sudah dua bulan Alex menghilangkan diri tanpa sebarang berita. Dan sepanjang dua bulan itulah Elise terus menunggu berita darinya. Dia menyalahkan dirinya atas kehilangan Alex, kerana sehari sebelum kehilangannya itu, mereka pernah bertengkar. Sehingga kini, Elise masih tidak dapat memaafkan dirinya.

Jessica membuka pintu rumahnya itu setelah mendengar loceng berbunyi. Di hadapan pintu, Elise tercegat berdiri. Jessica tersenyum sebaik melihat gadis itu. " Mama, kakak ipar datang," laung Jessica kepada emaknya yang berada di dapur. Jessica, adik perempuan Alex lebih gemar memanggilnya dengan panggilan kakak ipar. Gadis berusia 16 tahun itu cukup rapat dengan abangnya. Namun dia yang paling tabah menghadapi saat itu, kehilangan abangnya tanpa berita. Dia masih boleh tersenyum walaupun semua orang tahu bahawa dia antara orang yang paling sedih. " Masuklah," jemput gadis itu.
Elise melangkah masuk ke dalam banglo itu. Dia memang sudah biasa dengan keadaan rumah itu, apa tidaknya, dulu ketika dia bersama dengan Alex, boleh dikatakan setiap minggu dia k sana. Hubungan dia dengan seluruh anggota keluarga Alex pun sudah seperti satu keluarga. Kini, walaupun Alex menghilangkan diri, dia sering mengunjungi rumah itu untuk menziarah mama Patricia dan bertanyakan berita tentang Alex. Dia tahu mama Patricia benar-benar sedih dengan kehilangan anak lelaki tunggalnya itu. Kerana itulah Elise ke sana, untuk memberikan sokongan kepada seluruh anggota keluarga itu walaupun kenyataannya, dia sendiri yang memerlukan sokongan.
Elise duduk di atas sofa di ruang tamu. Sebentar kemudian, mama Patricia keluar dari dapur. " Ha, Elise. Mama ada masak spaghetti kat dapur tu, marilah makan sekali ," ajak mama Patricia. Apron yang terpakai dibadannya masih belum dibuka. " Ye la, jom lah akak," ajak Jessica pula sambil menarik tangan Elise. Elise hanya menurut Jessica ke dapur.
" Duduklah," kata Jessica sambil mengambil tempat di meja makan itu. Elise turut mengambil tmpat di meja itu. Di hadapannya terhidang spaghetti yang masih berasap lagi. Baunya wangi, cukup untuk mengiurkan setiap orang yang menghidunya. Elise akui, masakan mama Patricia memang sedap. Apabila melihat spaghetti itu, fikirannya mula terbayangkan Alex. Dia tahu, spaghetti masakan mamanya adalah makanan kegemaran Alex.
Mama Patricia tiba-tiba masuk ke dapur dan menyangkut apron yang dipakainya sebentar tadi ke penyangkut yang berada di dinding itu.
" Makanlah Elise, sementara masih panas tu. Termenungkan apa lagi," kata mama Patricia. Elise hanya tersenyum nipis sambil menyuap spaghetti itu ke mulutnya.
" Mama, ada berita tak pasal Alex??," tanya Elise tiba-tiba. Mama Patricia mengeluh mendengar pertanyaan dari Elise itu, kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Wajah Elise berubah muram. Dia memang dapat mengagak, jawapan itulah yang akan diterimanya setiap kali. ' Alex, ke mana awak pergi?? Pulanglah Alex.. I'm so sorry.. We all miss you so much,' desis hati kecil Elise.